Watch “Pelarian Rohingya” on YouTube

Advertisements

Orang yg kafir.

Kebaikkan yg dibuat oleh orang kafir tidak ada nilainya kepada Allah SWT. Org yg mati kafir akan masok neraka. Jika dia kaya dan hendak tebus dengan kekayaan dia utk keluar dari neraka maka Allah tidak akan terima lagi. Malahan dia akan diseksa dengan lebih dahsyat lagi. Waallahu aklam.

Menangis

*Air mata Rasulullah Menetes karena kejadian ini…*

*_MENCURI WANG ANAK SENDIRI_*
Airmata Rasulullah menitis kerana kejadian dibawah ini.

*Seorang lelaki datang kepada Rasulullah SAW untuk mengadukan ayahnya yang menghabiskan wang miliknya tanpa meminta izin terlebih dahulu kepadanya* .

Rasulullah SAW memanggil ayah orang itu ke hadapan beliau. Ketika lelaki tua itu datang dengan tertatih-tatih bersandar pada tongkatnya, Rasulullah SAW bertanya:

*“Betulkah kamu telah mengambil wang anakmu tanpa izinnya ?”*

“Wahai Nabi ALLAH,” lelaki itu menjawab sambil menangis, “ketika aku kuat dan anakku lemah, ketika aku kaya dan dia miskin, aku tidak membelanjakan wangku kecuali untuk memberi makan dia, bahkan terkadang aku membiarkan diriku kelaparan asalkan dia dapat makan.”

*”Sekarang aku telah tua dan lemah, sementara anakku tumbuh kuat. Aku telah jatuh miskin sementara anakku menjadi kaya. Dia mulai menyembunyikan wangnya dariku”*

“Dahulu aku menyediakan makan untuknya tetapi sekarang dia hanya menyiapkan makan untuk dirinya. Aku tak pernah seperti dia memperlakukan aku.”

“Jika aku masih sekuat dulu, aku masih akan merelakan wangku untuk dia.”

*Ketika mendengar hal ini, air mata Rasulullah SAW jatuh berlinang seperti untaian mutiara menimpa janggutnya yang suci* .

“Baiklah,” maka Rasulullah SAW bersabda, “Habiskan seluruh wang anakmu sekehendak hatimu. Wang itu milikmu…”

*Anta wa maaluka li abika ( Al hadits )*..
Engkau dan seluruh hartamu adalah kepunyaan kedua orang tua mu.

Saudara-saudaraku tersayang,

*Apakah orang tua kita masih hidup ??*
Mungkin kesempatan kita untuk berbakti kepada mereka tidak begitu lama lagi.

Sangat dianjurkan kita yang tinggal jauh dari orang tua.. Pulanglah… Pulanglah… Pulanglah…
*Temui dan pandang wajah mereka dengan penuh cinta yang tulus, kerana boleh jadi wajah itu tidak lama lagi akan menghilang dari pandangan kita untuk selama-lamanya..* .

Subhanallah.. ???